Loading...

THE HOUSE 3 - ANAK-ANAK CHE TA BERLAGAK!?


Korang dah tengok ke belum The House 3 ? - yang kali ini menampilkan Rozita Che Wan dan keluarganya ,Masa episod Dato Vida saya memang tak tengok sebab dia bukan artis..hahhaha..boleh pakai tak alasan tu?sebenarnya sebab dalam keluarga Dato Vida, cuma Dato Vida je yang selalu menjadi perhatian.Kisah dia pun dah banyak dipaparkan dari susah hingga berjaya..Musim pertama lagi la saya tak tengok sebab tak tahan asyik tengok benda merapu je..hahah..Mungkin masa tu penerbit tak tahu lagi apa yang pennonton nak tengok.Bukan semata-mata aksi gedik dan merapu.



Tapi yang episod Che Ta ni saya tengok sebab bukan Che Ta je yang popular, anak-anak dia pun boleh dikatakan selalu menjadi perhatian umum.Saya juga nak tahu macam mana dari seorang ibu tunggal yang biasa-biasa je terus jadi luar biasa..Kiranya boleh la kalau nak kata saya ni suka tengok kisah artis..Hahahahah...Tapi yang sebenarnya semua cerita saya suka, artis, berita politik, jenayah, .Kalau tak percaya geledah blog saya ni.Macam-macam cerita ada.Sebab saya suka membaca apa yang orang hidang pada saya.




Sebab utama ramai yang menonton The House - Che Ta ni dah tentu lah nak tengok Aaisyah.Comel sangat anak dara Che Ta yang sorang ni.Dalam The House korang boleh tengok anak mat saleh cakap melayu .Hhahah..Che Ta pun walaupun hidup penuh glamour tapi dia tiap masa  pekat piaw dia punya loghat kedah tau.



Cuma anak teruna dia tu je..ramai yang dah menonton episod pertama ni kata "annoying giler" .. sebab macam berlagak sikit la..Yang si Aniq tu ok..Chill je..katanya>.:) ....Tapi si Ammar boleh tahan cerewet.Tak de internet macam mati kutu.



Tu episod pertama je..Mana tahu kalau masuk episod ke dua tetiba nampak la sisi baik dan menarik si Amar.Rata-rata yang menonton kata keluarga diaorang berlagak.Tapi saya tengok ok je kot.Semua tu dari didikan jugak.Bukan maksud saya Che Ta suruh diaorang jadi berlagak tapi sebab segalanya Che Ta yang uruskan jadi nampak anak-anak nya macam tak pandai nak berdikari dan takut hidup susah.

Alah..anak kita pun sama..cer perhati betul-betul..hahahahha

Dalam The House 3 ni   korang boleh tengok kehidupan sebenar Che Ta dan anak-anak nya.Tonton The House baru tahu rupanya baju anak-anak dan suami dia memang setiap hari dia yang tentukan diaorang nak pakai apa.Kalau bercuti memang dia sendiri yang packing baju anak-anak. Anak-anak  dan suami dia pun tak tahu apa baju yang dia letak dalam beg.Kira pakai je  la..

Untuk korang yang anti sangat dengan Che Ta boleh la tonton The House 3 supaya mana tahu ternampak sisi baik Che Ta dan keluarga nya ni.

sekian..

Sumber: dianarashid.com

0 Response to "THE HOUSE 3 - ANAK-ANAK CHE TA BERLAGAK!?"

Post a Comment