Loading...

Suami Belasah & Kencingi Badan Isteri Mengandung

Suami Belasah & Kencingi Badan Isteri Mengandung|Seorang isteri yang hamil tiga bulan dibelasah dan dikencing suaminya gara-gara menegur lelaki itu tidak membelikan makanan, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian di kediaman pasangan berkenaan, suspek berusia 34 tahun melakukan perbuatan kejam itu pada malam Selasa lalu dan mengheret mangsa ke luar jalan raya pada keesokan harinya.
“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahan lalu menarik rambut isteri dan menendang perutnya menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.
“Tidak cukup dengan itu, suspek memukul isterinya beberapa minit menyebabkan wanita itu sukar bernafas,”
Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek sekali lagi mengamuk dan membelasah mangsa pada hari berkutnya serta mengheretnya ke luar rumah sehingga ke jalan raya.Lebih teruk lagi, suspek tergamak kencing ke badan isterinya
“Mangsa cuba merayu namun tidak diendahkan oleh suspek yang terus memukulnya selama beberapa minit sebelum beredar,” katanya.
Mangsa yang dipukul suaminya itu akhirnya nekad membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

0 Response to "Suami Belasah & Kencingi Badan Isteri Mengandung"

Post a Comment