Loading...

“Ia satu pertarungan yang menakutkan, memukau dan indah” Tak sangka saksikan pertarungan dahsyat kalah mati ular sawa burma dan buaya

Seorang wartawan di Amerika Syarikat, Joe Capozzi tidak menyangka dapat menyaksikan satu perlawanan epik kalah mati di antara seekor ular sawa burma sepanjang 15 kaki dan juga seekor buaya, lapor Huffington Post.
Dia yang ketika itu sedang berbasikal sedang melalui Hutan Simpanan Big Cypress Florida Selatan mendakwa terdengar bunyi percikan air yang kuat membuatkannya pergi menyiasat.

"Ia satu pertarungan yang menakutkan, memukau dan indah" Tak sangka saksikan pertarungan epik kalah mati ular sawa burma dan buaya
“Ia satu pertarungan yang menakutkan, memukau dan indah” Tak sangka saksikan pertarungan epik kalah mati ular sawa burma dan buaya
“Ia satu pertarungan yang menakutkan, memukau dan indah sekali dan pada masa sama seolah-olah melihat satu persembahan balet di dalam air.
“Ketika merakam pertarungan itu, saya tidak dapat berhenti dari menontonnya,” tulisnya di  media sosial.
Pengarah Komunikasi Zoo Miami, Ron Magill memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa pertempuran antara dua pemangsa itu seolah-olah versi alam semula jadi antara godzilla dan king kong di dalam paya.
“Apa yang ular sawa itu lakukan adalah membalut seluruh buaya itu menggunakan ekornya dan menariknya ke dalam air.
“Kemudian ia tunggu sehingga haiwan tersebut letih dan berasa lemas,” katanya.
Sementara itu, Capozzi mengatakan ular sawa tersebut telah memenangi pertarungan tersebut tetapi menurut pakar spesies invasif Big Cypress, Tony Pernas mendakwa bahawa itu tidak semestinya terjadi.
Katanya, pada tahun 2013 seekor buaya memenangi pertarungannya dengan ular sawa burma manakala pada tahun 2006 pula ular sawa tersebut berjaya membunuh seekor buaya namun mati apabila badannya terburai ketika cuba menelan haiwan tersebut.
Sumber: Sinar

0 Response to "“Ia satu pertarungan yang menakutkan, memukau dan indah” Tak sangka saksikan pertarungan dahsyat kalah mati ular sawa burma dan buaya"

Post a Comment