Loading...

Budak 10 Tahun Diburu Polis Terlibat Kes Bunuh & Rog0l Berkumpulan..

Budak 10 Tahun Diburu Polis Terlibat Kes Bunuh & Rogol Berkumpulan|Labuan: Budak lelaki 10 tahun antara 86 orang yang diburu polis pulau ini berhubung kes rogol berkumpulan.
Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan sejak itu, menghilangkan diri.
Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam ‘senarai dikehendaki’ polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun terbabit terlibat dalam kes tipu.
Semua mereka dalam ‘senarai dikehendaki’ itu melakukan jenayah antara 2011 hingga tahun tahun lalu.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, mereka yang semuanya lelaki, diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah.
“Kebanyakan suspek adalah dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selebihnya warga Indonesia atau Filipina” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil membantu polis.
http://eberita.org/budak-10-tahun-diburu-polis-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/

0 Response to "Budak 10 Tahun Diburu Polis Terlibat Kes Bunuh & Rog0l Berkumpulan.."

Post a Comment