Loading...

Uqasha Senrose Berang Dan Muat Naik Status Pedas Di Twitter


Oleh Feyra Nasrom Sumber Twitter@uqashasenrose
 
Baru- baru ini , pelakon bersiri Tundukkan Playboy Itu Hafidz Roshdi ada mengeluarkan kenyataan di mana aksi kemesraan beliau dan Uqasha Senrose dicemburui tunangnya sendiri. Isu ini berlarutan dan mula tertera di portal-portal hiburan dan media cetak sekaligus menimbulkan kemarahan Uqasha Senrose sehingga meluahkan kata-kata sindiran di akaun Twitternya.
 
Menurut Uqasha, isu kecil ini tidak perlu diperbesarkan dan seharusnya tunang Hafidz Rosdi bersikap lebih professional dan memahami kerjaya pasangannya sebagai seorang pelakon. 

Ekoran luahan yang dibuat, ramai peminat-peminat Uqasha memberi kata-kata semangat dan menyalahkan tunangan Hafidz Rosdi yang dikatakan bersikap kebudak-budakan. 
 
Walau bagaimanapun, Hafidz Rosdi sebelum ini berkata isu cemburu ini normal bagi seorang wanita namun segalanya sudah selesai dan tiada lagi timbul salah faham setelah penjelasan secara terperinci dibuat oleh beliau terhadap tunangnya. 

Biasalah, siapa yang tidak cemburu setelah melihat tunang sendiri digandingkan dengan salah seorang pelakon jelita di Malaysia ini, ya tak? " soal simpan tunang dalam peti besi itu" bukan persoalannya, sudah menjadi lumrah manusia dan adat bagi setiap pasangan jika timbulnya perasaan cemburu ini. Yang penting, kedua-kedua pihak harus bijak mengatasi masalah, berfikiran matang , bawa berbincang dan tidak perlu berperang di media sosial. huhu

http://www.era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah-GMMJ/Uqasha-Senrose-Berang-Dan-Muat-Naik-Status-Pedas-D

0 Response to "Uqasha Senrose Berang Dan Muat Naik Status Pedas Di Twitter"

Post a Comment