Loading...

“Tolong Jaga Mak Elok Elok”Status Terakhir Sebelum Ajal Dua Sepupu Maut Kemalangan

HUYT
“Tolong Jaga Mak Elok Elok”Status Terakhir Sebelum Ajal Dua Sepupu Maut Kemalangan|“Hari ini dunia adalah nyata, akhirat hanya cerita. Tapi setelah mati, dunia hanya cerita akhirat jadi nyata. ‪#‎SelamatMalamDunia‬.”
Demikian catatan terakhir Muhammad Safwan Abu Bakar, 18, pada status Facebooknya sebelum dia dan sepupunya, Jailani Jusoh, 26, maut dalam nahas ngeri di Kilometer 282.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT), berdekatan susur keluar Plaza Tol Chukai, di sini, petang semalam.
Dilaporkan Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu akibat dari pada pemandu lori, Jailani Jusoh, 26, dari Kampung Tualang, Manir, di sini, yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, bersama sepupunya Muhammad Safwan Abu Bakar, dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.
Dua sepupu berkenaan Maut di lokasi kejadian apabila mereka tercampak keluar dari lori satu tan yang dinaiki selepas kenderaan itu terbabas.
Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan di Koperasi Coop2U Berhad Zon Timur dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Manir, Kuala Terengganu setelah menghadiri satu mesyuarat di Kuantan, Pahang.
Sepupu Muhammad Safwan yang juga kakak Jailani, Noor Aida Jusoh, 30, berkata, status yang menyebut tentang kematian itu dimuat naik Muhammad Safwan kira-kira 17 jam sebelum meninggal dunia.
Lebih meruntun hati, katanya.
sehari sebelum mengemas kini status di Facebook itu, sepupunya yang dipanggil Alang itu turut memuat naik pesanan akhir pada status aplikasi WeChatnya yang berbunyi ‘‘Selamat Malam…ALLAH, jaga mak elok-elok. Tolong jagakan ibuku’.

12963777_473707026156572_3417570318721679398_n

12986922_473707046156570_499060294019846575_n
12974331_473707062823235_2062474384674850707_n

http://eberita.org/tolong-jaga-mak-elok-elokstatus-terakhir-sebelum-ajal-dua-sepupu-maut-kemalangan/

0 Response to "“Tolong Jaga Mak Elok Elok”Status Terakhir Sebelum Ajal Dua Sepupu Maut Kemalangan"

Post a Comment