Loading...

Mira Filzah Tegas Dengan Prinsip Untuk Tidak Bersentuhan Dengan Lelaki Didalam Lakonan

Sebagai seorang wanita dengan imej muslimah, aktres Mira Filzah tegas dengan pendirian beliau untuk tidak menyentuh mana-mana pelakon lelaki ketika berlakon.
Mira juga meluahkan rasa syukur kerana pihak produksi memahami prinsipnya itu meskipun ia agak sukar untuk dilaksanakan kerana perlu memikirkan alternatif lain.
Prinsip saya itu diterima secara terbuka oleh tenaga kerja produksi. Mungkin ada orang kata boleh ke berlakon tak pegang sana situ sini.
Tetapi dengan teknik kreatif krew lokasi penggambaran, adegan yang tidak bersentuhan itu boleh dibuat secara teliti oleh mereka agar nampak real.
Buat Mira, penghayatan didalam watak yang diberikan lebih penting agar ia dapat menarik minat penonton.
Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton.
Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak.
Semakin hari nampaknya ramai artis yang sudah mempunyai keberanian dalam menyuarakan prinsip mereka untuk tidak bersentuhan dengan bukan muhrim didalam lakonan.  Tidak semestinya kena ada aksi terlampau baru sesebuah filem atau drama itu boleh laris bukan?

0 Response to "Mira Filzah Tegas Dengan Prinsip Untuk Tidak Bersentuhan Dengan Lelaki Didalam Lakonan"

Post a Comment