Loading...

Annuar Musa dedah punca sebenar Mahathir mengamuk dengan Najib




Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa serangan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri berpunca daripada kekecewaannya melihat prestasi anaknya dalam politik.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memahami perasaan Mahathir apabila melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak begitu menyerlah walaupun telah diberikan ruang istimewa.

“Kita boleh faham pada usia beliau (Mahathir), yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya beliau tentu rasa tersinggung dengan Umno. Sukarlah kita dalam Umno hendak pertahankan dia (Mukhriz).

"Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah. Tetapi kita terima dia tanding Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak tanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.

“Kemudian dia hendak tanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden. Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah," katanya ketika luar ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Tambah Annuar lagi, kekecewaan yang dihadapi oleh Dr Mahathir itu dilepaskan pula pada Umno, namun, beliau percaya di hati kecil Dr Mahathir sedar apa yang dilakukan adalah tidak wajar.

"Laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” ujarnya.

0 Response to " Annuar Musa dedah punca sebenar Mahathir mengamuk dengan Najib"

Post a Comment