Loading...

HANIS ZALIKHA HAMIL 4 BULAN, SUAMI KONGSI BERITA GEMBIRA DI JABAL RAHMAH


Tahniah buat pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahayamata sulung mereka tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hairul di hadapan Jabal Rahmah, Mekah iaitu tempat Nabi Adam A.S bertemu dengan pasangannya, Hawa. Menurut Hairul, kandungan isterinya kini sudah berusia 4 bulan.
“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha.

“Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama2 isteri saya :) Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini.

“Saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” tulisnya.


Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada bulan Jun yang lalu selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta. 

OHMEDIA: SEMOGA DIKURNIAKAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH BUAT HAIRUL & HANIS.


http://www.ohmedia.my/2015/12/hanis-zalikha-hamil-4-bulan.html

0 Response to "HANIS ZALIKHA HAMIL 4 BULAN, SUAMI KONGSI BERITA GEMBIRA DI JABAL RAHMAH"

Post a Comment